Thursday, 30 April 2015

VIDEO WANITA KANTOI MENCURI DI SURAU RNR JURU, BERI ALASAN TEKANAN EMOSI





Video seorang wanita melayu bertudung ditangkap oleh orang awam didakwa mencuri di RNR, menjadi viral di laman Facebook.



Dalam kejadian yang berlaku di Surau RNR Juru, Pulau Pinang, wanita berkenaan didakwa mencuri wang di dalam surau RNR. Bagaimanapun, tindakan dia mengundang padah apabila dia ditangkap oleh orang awam.

Wanita itu menangis teresak-esak meminta simpati. Bagaimanapun, seorang lelaki bertindak menangkup kepalanya dengan baldi air. Wanita itu juga turut ditampar/ditumbuk di bahagian mukanya.

Menurut wanita itu, dia mengalami tekanan emosi dan memiliki kad akuan yang menyatakan dirinya ada penyakit mental.

Wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk disoalsiasat.

Orang awam semakin berani mengambil tindakan sendiri. Agaknya Malaysia semakin menghampiri budaya China yang semakin pelik dan membimbangkan.

Jika dia bersalah sekali pun, usah bertindak seperti itu. Cukuplah sekadar menangkapnya dan menyerahkan kepada pihak polis. Itulah yang terbaik.


LUAHAN PENDAPAT WARDINA KES BULI SEMAKIN MENJADI-JADI DIBANTAH ROSYAM NOR





Sebagai ibu, sememangnya sedih mata memandang apabila anak kesayangan dipukul, dibelasah dan dicederakan oleh orang lain. Biarpun si anak melakukan kesilapan yang besar, namun si ibu sentiasa bersabar dengan karenah anak-anaknya.

Susulan dari penyebaran dua video kes buli pelajar di asrama sekolah, Wardina Safiyyah, meluahkan pandangannya di Facebook Wardina Safiyyah Official Page.

Wardina turut menyatakan, filem-filem gangster yang ditayangkan di negara ini juga adalah antara faktor-faktor yang memberikan 'inspirasi' kepada anak-anak melayu untuk membuli dan bertindak ala gangster.

Menurutnya, filem² seperti itu hanya akan menyemarakkan sifat agresif anak-anak melayu. Dalam masa yang sama, beliau juga turut menasihatkan pembuat² filem jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata tetapi tidak memikirkan kesan dan akibatnya dari filem gangster yang diterbitkan.


Baca luahan pendapat Wardina di bawah:

Nota penting * Filem bukan sebab tetapi salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif. Film is NOT a cause but a factor* Sekali lagi saya ulang film is NOT a cause but plays a part****** Kajian lebih berat dan menunjukkan sikap agresif bermula di rumah akibat pembesaran yang tidak sempurna seperti dipukul dan dikasari dibrumah oleh ibu bapa*

TETAPI kepada pembuat filem gangster ambil lah SEDIKIT tanggungjawab kerana memberi "inspirasi" anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.


JANGAN SEMARAKKAN SIFAT AGRESIF

Ambillah peluang MENDIDIK masyarakat. Media memainkan peranan. Semua kita patut mainkan peranan bersama. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?

Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada "pengajaran" di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda...yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa 'bersalah sangat'.

Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya "hebat" dan "cool" itu ...aduh...dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu.

Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi. Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia global kini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan. Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.

Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus "membuli" mereka 'dibawah' ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.

Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?

Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.

Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan.... kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini

Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, "Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya"

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

Kredit Wardina Saffiyah

Bagaimanapun, pelakon watak² filem gangster, Rosyam Nor tidak bersetuju dengan kenyataan Wardina yang dianggap mahu menutup rezeki pembikin filem.

“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor.

NIAT INGIN BAKAL BAKAR KEDAI ORANG, TAPI TERBAKAR DIRI SENDIRI





NIBONG TEBAL: Salah seorang dari tiga lelaki yang bertindak membakar sebuah kedai di Simpang Amat, jam 1.30 pagi semalam dipercayai cedera selepas dia disambar api petrol yang dicurahkannya.

Kejadian dapat dikesan selepas pihak polis meneliti rakaman CCT yang dipasang di premis berkenaan.

Ketiga-tiga suspek bagaimanapun memakai penutup muka dan membawa beberapa botol petrol dan mencurahkannya di hadapan pintu kedai terbabit.

Salah seorang suspek menyalakan api, namun dia serta merta disambar api.

Pihak polis percaya, lelaki berkenaan mengalami kecederaan. Bagi membantu siasat, pihak polis meminta klinik atau hospital memaklumkan kepada polis jika menerima pesakit dalam keadaan mencurigakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan.

Siasatan mendapati kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan premis dan berjaya dipadamkan pihak bomba.

Kejadian menyebabkan pemilik premis mengalami kerugian dianggarkan RM15,000 hingga RM20,000. - Harian Metro



7 GAMBAR PERSIAPAN PERKAHWINAN DIRAJA TMJ & CIK KHALEEDA





Biarpun istiadat perkahwinan TMJ dan Cik Khaleeda diadakan secara tertutup, namun rakyat negeri Johor berpeluang melihat lebih dekat pasangan itu pada 8 November ini.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pasangan tersebut bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor, bermula pukul 8 malam hari tersebut.

Beliau berkata, selain berhimpun di sepanjang jalan laluan berkenaan sejauh tiga kilometer itu, rakyat juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan tersebut menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya di sini.

"Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

TMJ merupakan putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. -TengokTvOnline











BAYANG HANTU KELIHATAN SEMASA UPACARA HALAU HANTU (VIDEO)









ISTERI KARTUNIS ZUNAR DITAHAN





PUTRAJAYA - Isteri pelukis karikatur Zunar dan dua lagi rakannya ditahan di hadapan bangunan Istana Kehakiman, kerana dipercayai mengedar buku dan kad yang mengandungi unsur hasutan kepada orang ramai.

Polis yang mengawal di Istana Kehakiman sejak pagi tadi, menyedari aktiviti wanita itu kira-kira jam 6.45 petang dan bertindak menahannya. Wanita itu dan dua rakannya kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk disoal siasat, lapor The Rakyat Post.

KESAN BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLAND (4 GAMBAR)





Keadaan hujan lebat berterusan di Cameron Highland menyebabkan empangan Bertam terpaksa dibuka lebih kurang 7 malam tadi. Proses pemindahan penduduk ke kawasan selamat telah dijalankan sebelum empangan dibuka. Kesan perlepasan air di empangan menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan rizab Sungai Bertam Ringlet Cameron Highland.

Lebih kurang 6 kereta dilaporkan hanyut dalam kejadian malam tadi. -TengokTVonline









MATI SAKIT JANTUNG TAK SEMPAT RUJUK





Jertih: “Saya tidak sangka hasrat arwah untuk rujuk kembali dengan saya selepas empat bulan bercerai adalah permintaan terakhir sebelum dia ditemui mati malam tadi (kelmarin),” kata Mariah Ishak, 47, bekas isteri kepada Zulkamal Othman, 39, di sini, kelmarin.

Menurutnya, Zulkamal yang menghidap sakit jantung sejak dua tahun lalu ditemui mati di kawasan semak di belakang rumah sewanya di Perumahan Awam Seberang Jertih.

Katanya, kejadian itu disedari anaknya, Mohd Zulhairul Idham, 19, selepas mendengar jeritan bapanya meminta tolong ketika berlari dari rumah ke kawasan semak yang terletak 200 meter.

Mariah berkata, arwah datang ke rumah sewanya jam 7 malam kelmarin sebelum itu meminta untuk rujuk semula selepas mereka bercerai empat bulan lalu. -hmetro

SI SUNDAL TAK SEMPAT PAKAI BAJU




Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya Johor Bahru, Johor jam 9 malam semalam. Wanita warga China sebelum itu dikesan ditawarkan sindiket pelacuran melalui aplikasi Wechat.

Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran ini menggunakan aplikasi internet ‘WeChat’ yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas melakukan risikan selama empat hari.

Untuk rekod, aplikasi ini turut digunakan remaja serta kanak-kanak di bawah umur tanpa had sekaligus mendedahkan mereka kepada aktiviti songsang.

Sindiket pelacuran ini juga secara terbuka memaparkan pelbagai foto lucah wanita diperdagangkan lengkap dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.

Melalui kaedah penyamaran, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor berjaya menyusup ke premis terbabit sebagai pelanggan. Antara ditawarkan sindiket ini, wanita warga China, Vietnam dan Indonesia dengan caj perkhidmatan di antara RM188 dan RM588 termasuk kos penggunaan bilik.

Friday, 24 April 2015

JANDA DICEKUP BERKHALWAT DENGAN SUAMI ORANG DALAM KAUNTER TIKET BAS








Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam.



Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang.



Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai.



Anggota tentera terbabit yang bertugas di sebuah kem di negeri ini dikatakan kerap datang ke situ dan mengambil kesempatan pada waktu awal pagi untuk masuk bersama pasangannya yang juga kerani di kaunter terbabit.



Dia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sabah itu dikatakan sudah beristeri dan mempunyai tiga anak manakala wanita terbabit yang juga penduduk tempatan mempunyai dua anak, tetapi menjanda selepas kematian suaminya.



Ketua Operasi PADKP Muhammad Ihsanuddin Mohd Azhar berkata, berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan di kaunter tiket bas terbabit.



Beliau berkata, setibanya di situ, didapati pintu di bahagian hadapan dan belakang kaunter itu tertutup dan mengesyaki sesuatu mencurigakan menyebabkan anggotanya mengetuk pintu berkali-kali.



“Kita dapati kaunter tiket bas itu berkembar dengan satu lagi kaunter syarikat bas sama, tetapi satu lagi premis beroperasi seperti biasa.



“Selepas pintu diketuk hampir lima minit, seorang wanita yang berkemeja-T dan berkain batik membuka pintu dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran anggota kami.



“Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berseluar panjang dan berkemeja-T sedang duduk atas tilam dipercayai kedua-duanya baru bangun tidur,” katanya di sini, semalam.



Muhammad Ihsanuddin berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan turut memberi alasan datang ke situ untuk berbincang soal perkahwinan.



Bagaimanapun katanya, pihaknya menerima maklumat pasangan itu kerap berada dalam kaunter itu sebelum ini sehingga menimbulkan syak.



“Mereka dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum ke pejabat agama daerah.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

"AWAK GUNA HARRIER MESTI BANYAK DUIT" - LUAHAN NABILA TENTANG JPJ MATA DUITAN



GAMBAR HIASAN


Saya drive keluar dari parking KLIA. Then JPJ buat road block kat jalan keluar KLIA.


Kereta depan saya Proton Satria Putih dan semua tinted gelap sampai tak nampak dalam. Tapi dia bagi jalan.

Saya dah perasan yang pegawai bangsat ni dok usha kereta saya. Sampai turun saya, dia suruh berhenti then tawaf kereta saya. Saya drive Toyota Harrier. Sebab Toyota Harrier memang cermin belakang semua gelap tapi bukan tinted. Memang asal cermin itu warna hitam. Tapi still boleh nampak dalam kereta. Depan memang tak tinted langsung.

Boleh pula dia habis tawaf dia cakap dia nak saman atas kesalahan cermin gelap. Terus saya sound dia,

"Apsal kereta Satria depan saya tadi awak kasi lepas padahal fully tinted??"

Dia boleh cakap mana ada. Dan² saya nampak dia buka name tag simpan dalam poket pastu minta IC saya.

Nak jadi cerita hari tu pula saya tukar bawa handbag lain. IC dalam handbag lagi satu. So tak bawa IC la.

Dia cakap dah dua kesalahan. Then dia panggil saya turun nak tunjuk plat number katanya. Padahal plat number tak ada masalah pun.

Rupanya dia panggil saya turun tu nak minta duit. Siap cakap,

"Awak naik Harrier mesti duit banyak. Bagi je berapa awak ada."

Betul² p********* laha nat si al ba bi punya JPJ. Memang la tak semua tetapi ada la ba bi si al di antara korang".




Tidak diketahui siapa pemilik luahan hati ini. Sumber dari Laman Facebook Pencuri Movie.

KISAH SEBENAR 4 BERADIK DIHALAU DARI RUMAH DENGAN BEKALAN RM70 DARI RUMAH




Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau oleh ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.

Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.

"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.

"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga, Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.

Mohd Kaml berkata, pemeriksaan doktor mendapati kanak-kanak itu secara fizikal sihat dan cukup nutrisi.

"Ada tanda cedera lama, tetapi tiada tanda penderaan dan mungkin kecederaan itu disebabkan jatuh sendiri kerana pada pemerhatian awal, kanak-kanak itu aktif.

"Terlalu awal membuat penilaian mengenai kes ini kerana siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Kanak-kanak terbabit ditempatkan di Hospital Sibu untuk sementara waktu. Kes ini juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu," katanya.

Kisah mengenai empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau dengan membawa dua beg dan payung di depan sebuah restoran di Sibu Jaya, Sabtu lalu, kini menjadi viral di laman sosial, kononnya dihalau ibu bapa.

Pemeriksaan dalam beg yang dibawa kanak-kanak itu menemui botol susu, lampin pakai buang, pakaian dan wang berjumlah RM70.

Kanak-kanak itu mendakwa dihalau ibu mereka, namun gagal memberikan alamat ibu bapa mereka. Semua kanak-kanak ini dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya untuk laporan polis sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan. - Harian Metro

Gambar terkini mereka di Hospital Sibu:



BAPA GADIS TOLAK LELAKI JADI MENANTU GARA-GARA KERJA SEBAGAI ANGGOTA JPJ !







Satu perbualan whatsapp tersebar di media sosial di antara seorang lelaki dan bapa gadis yang ingin dikahwininya. Di dalam perbualan itu, pada mulanya bapa gadis pilihannya seolah-olah sudah bersetuju dan tidak kisah latarbelakang pekerjaan lelaki itu asalkan mampu menjaga anaknya.

Walaubagaimanapun, sejurus mengetahui lelaki itu bekerja sebagai anggota JPJ, dia lantas menolak bulat-bulat lelaki untuk menjadi menantunya.

Namun, perbualan Whatsapp ini seakan-akan satu lagi rekaan troll daripada warga Malaysia terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan itu!



OPERASI NO. PLAT DIHENTIKAN SERTA-MERTA GARA-GARA DIHENTAM BERTALU-TALU OLEH ORANG RAMAI ?


Satu surat daripada Pengarah JPJ dikeluarkan hari ini supaya penguatkuasaan ke atas kesalahan mempamir nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mula tersebar di media sosial.

Arahan ini mungkin berikutan respon negatif yang diterima oleh jabatan itu oleh rata-rata rakyat Malaysia yang mempertikaikan alasan plat nombor kenderaan sebagai punca kematian di jalan raya.

Ini pertama kali Jabatan itu dihentam secara bertalu-talu lebih kurang seminggu lamanya dan berterusan sehingga kini oleh warga media sosial yang menyebarkan gambar-gambar bukti salah laku yang dilakukan oleh jabatan penguatkasaan di jalan raya itu.



MAUT DIHEMPAP KILANG RUNTUH





GEORGETOWN – Seorang lelaki maut selepas bumbung sebuah kilang di Kampung Jawa di Bayan Baru di sini, runtuh dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Mangsa, Wan Nazri Wan Mokhtar, 48, meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap dalam timbunan konkrit yang runtuh itu.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.58 petang sebelum berkejar ke tempat kejadian.

“Mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 7.28 malam.

“Kerja pembersihan di lokasi kejadian sudah dijalankan dan tiada mangsa lain terbabit. Kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.

KERETA JPJ DITERBALIKKAN DAN DIBAKAR ORANG RAMAI (8 GAMBAR)





Kereta JPJ ditebalikan dan dibakar kerana penyebab 11 kenderaan Kemalangan | Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

Lagi gambar dan video di bawah ini...

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.





Gambar sebelum kereta JPJ diterbalikkan dan di bakar


Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.
Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api. antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas & 1 motor.













4 GAMBAR KES BULI PELAJAR SAMPAI PECAH KEPALA DI SEKOLAH PONDOK DARUL IMAN TERBONGKAR

Kejadian kes buli di kalangan pelajar sekolah pondok Darul Iman, Kuala Berang di Terengganu terbongkar apabila didedahkan oleh seseorang yang tidak mahu dikenali yang didedahkannya melalui laman Facebook Friends Of BN.


Baca pendedahan penuh beliau:












PEROMPAK PUTUS TANGAN DITETAK TUAN RUMAH (3 GAMBAR)





SEREMBAN: Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat ditetak oleh tuan rumah yang dicerobohinya di Taman Sikamat Utama di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah teres setingkat yang dihuni sepasang suami isteri dengan memotong besi tingkap.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dua daripada empat lelaki terbabit memasuki sebuah bilik dan menyerang tuan rumah dengan menumbuk mukanya bertubi-tubi.

Bagaimanapun, katanya mangsa melawan balik dan berjaya mengambil sebilah parang lalu melibas seorang penyerang.







"Penyerang terbabit putus tangan kanan dan melarikan diri dari rumah itu, tetapi ditemui terbaring di kawasan semak berdekatan. Tiga rakannya yang lain melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penjenayah terbabit bersama tangan yang putus dan mangsa yang cedera pada muka dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan.

"Siasatan mendapati pasangan suami isteri yang kerugian kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barang kemas dan wang tunai serta empat penjenayah terbabit adalah etnik Rohingya dari Myanmar," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Berita Harian



MH370: TANAH KUBUR MASIH BELUM NAMPAK,SUDAH CARI PENGGANTI





Lelaki yang didakwa suami kepada seorang mangsa MH370 ketika melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.

PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan. Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini. alahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Sumber memberitahu mStar Online, suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November. Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online. Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.

Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia. Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.

Wednesday, 22 April 2015

PUNCA LANGIT MAKKAH GELAP & KEMERAH MERAHAN (3 GAMBAR & VIDEO)






Menerusi applikasi laman sosial whatsapp, kini tersebarnya fenomena bumi Mekah bergelap dipercayai berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan. Rakaman insiden tersebut sempat dirakam oleh jemaah Malaysia yang berada di Mekah sebelum disebarkan dilaman sosial. Berdasarkan maklumat saksi, langit di Mekah pada ketika itu berwarna Merah serta disusuli dengan keadaan gelap walhal waktu pada ketika itu adalah pukul 1.30 petang. Untuk info, kejadian itu adalah fenomena ribut pasir yang biasa terjadi di Mekah atau tanah arab dan bukannya petanda kiamat seperti yang didakwa dilaman sosial.




Fenomena langit merah atau gelap bukan petanda kiamat sebaliknya ianya adalah fenomena ribut pasir yang sering berlaku dan melanda Kota Mekah. Ketika ribut pasir melanda, jarak penglihatan akan terhad manakala langit pula akan gelap seperti malam berikutan diselubungi pasir dan debu.



Dikatakan juga kejadian ini berlaku disebabkan oleh peralihan musim dari musim panas ke musim sejuk di Mekah memang terjadi fenomena mcm tu katanya tapi rahsia Allah lagi luas. Wallahhualam