Thursday, 30 April 2015

VIDEO WANITA KANTOI MENCURI DI SURAU RNR JURU, BERI ALASAN TEKANAN EMOSI





Video seorang wanita melayu bertudung ditangkap oleh orang awam didakwa mencuri di RNR, menjadi viral di laman Facebook.



Dalam kejadian yang berlaku di Surau RNR Juru, Pulau Pinang, wanita berkenaan didakwa mencuri wang di dalam surau RNR. Bagaimanapun, tindakan dia mengundang padah apabila dia ditangkap oleh orang awam.

Wanita itu menangis teresak-esak meminta simpati. Bagaimanapun, seorang lelaki bertindak menangkup kepalanya dengan baldi air. Wanita itu juga turut ditampar/ditumbuk di bahagian mukanya.

Menurut wanita itu, dia mengalami tekanan emosi dan memiliki kad akuan yang menyatakan dirinya ada penyakit mental.

Wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk disoalsiasat.

Orang awam semakin berani mengambil tindakan sendiri. Agaknya Malaysia semakin menghampiri budaya China yang semakin pelik dan membimbangkan.

Jika dia bersalah sekali pun, usah bertindak seperti itu. Cukuplah sekadar menangkapnya dan menyerahkan kepada pihak polis. Itulah yang terbaik.


LUAHAN PENDAPAT WARDINA KES BULI SEMAKIN MENJADI-JADI DIBANTAH ROSYAM NOR





Sebagai ibu, sememangnya sedih mata memandang apabila anak kesayangan dipukul, dibelasah dan dicederakan oleh orang lain. Biarpun si anak melakukan kesilapan yang besar, namun si ibu sentiasa bersabar dengan karenah anak-anaknya.

Susulan dari penyebaran dua video kes buli pelajar di asrama sekolah, Wardina Safiyyah, meluahkan pandangannya di Facebook Wardina Safiyyah Official Page.

Wardina turut menyatakan, filem-filem gangster yang ditayangkan di negara ini juga adalah antara faktor-faktor yang memberikan 'inspirasi' kepada anak-anak melayu untuk membuli dan bertindak ala gangster.

Menurutnya, filem² seperti itu hanya akan menyemarakkan sifat agresif anak-anak melayu. Dalam masa yang sama, beliau juga turut menasihatkan pembuat² filem jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata tetapi tidak memikirkan kesan dan akibatnya dari filem gangster yang diterbitkan.


Baca luahan pendapat Wardina di bawah:

Nota penting * Filem bukan sebab tetapi salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif. Film is NOT a cause but a factor* Sekali lagi saya ulang film is NOT a cause but plays a part****** Kajian lebih berat dan menunjukkan sikap agresif bermula di rumah akibat pembesaran yang tidak sempurna seperti dipukul dan dikasari dibrumah oleh ibu bapa*

TETAPI kepada pembuat filem gangster ambil lah SEDIKIT tanggungjawab kerana memberi "inspirasi" anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.


JANGAN SEMARAKKAN SIFAT AGRESIF

Ambillah peluang MENDIDIK masyarakat. Media memainkan peranan. Semua kita patut mainkan peranan bersama. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?

Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada "pengajaran" di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda...yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa 'bersalah sangat'.

Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya "hebat" dan "cool" itu ...aduh...dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu.

Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi. Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia global kini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan. Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.

Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus "membuli" mereka 'dibawah' ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.

Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?

Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.

Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan.... kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini

Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, "Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya"

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

Kredit Wardina Saffiyah

Bagaimanapun, pelakon watak² filem gangster, Rosyam Nor tidak bersetuju dengan kenyataan Wardina yang dianggap mahu menutup rezeki pembikin filem.

“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor.

NIAT INGIN BAKAL BAKAR KEDAI ORANG, TAPI TERBAKAR DIRI SENDIRI





NIBONG TEBAL: Salah seorang dari tiga lelaki yang bertindak membakar sebuah kedai di Simpang Amat, jam 1.30 pagi semalam dipercayai cedera selepas dia disambar api petrol yang dicurahkannya.

Kejadian dapat dikesan selepas pihak polis meneliti rakaman CCT yang dipasang di premis berkenaan.

Ketiga-tiga suspek bagaimanapun memakai penutup muka dan membawa beberapa botol petrol dan mencurahkannya di hadapan pintu kedai terbabit.

Salah seorang suspek menyalakan api, namun dia serta merta disambar api.

Pihak polis percaya, lelaki berkenaan mengalami kecederaan. Bagi membantu siasat, pihak polis meminta klinik atau hospital memaklumkan kepada polis jika menerima pesakit dalam keadaan mencurigakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan.

Siasatan mendapati kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan premis dan berjaya dipadamkan pihak bomba.

Kejadian menyebabkan pemilik premis mengalami kerugian dianggarkan RM15,000 hingga RM20,000. - Harian Metro



7 GAMBAR PERSIAPAN PERKAHWINAN DIRAJA TMJ & CIK KHALEEDA





Biarpun istiadat perkahwinan TMJ dan Cik Khaleeda diadakan secara tertutup, namun rakyat negeri Johor berpeluang melihat lebih dekat pasangan itu pada 8 November ini.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pasangan tersebut bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor, bermula pukul 8 malam hari tersebut.

Beliau berkata, selain berhimpun di sepanjang jalan laluan berkenaan sejauh tiga kilometer itu, rakyat juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan tersebut menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya di sini.

"Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

TMJ merupakan putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. -TengokTvOnline











BAYANG HANTU KELIHATAN SEMASA UPACARA HALAU HANTU (VIDEO)









ISTERI KARTUNIS ZUNAR DITAHAN





PUTRAJAYA - Isteri pelukis karikatur Zunar dan dua lagi rakannya ditahan di hadapan bangunan Istana Kehakiman, kerana dipercayai mengedar buku dan kad yang mengandungi unsur hasutan kepada orang ramai.

Polis yang mengawal di Istana Kehakiman sejak pagi tadi, menyedari aktiviti wanita itu kira-kira jam 6.45 petang dan bertindak menahannya. Wanita itu dan dua rakannya kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk disoal siasat, lapor The Rakyat Post.

KESAN BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLAND (4 GAMBAR)





Keadaan hujan lebat berterusan di Cameron Highland menyebabkan empangan Bertam terpaksa dibuka lebih kurang 7 malam tadi. Proses pemindahan penduduk ke kawasan selamat telah dijalankan sebelum empangan dibuka. Kesan perlepasan air di empangan menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan rizab Sungai Bertam Ringlet Cameron Highland.

Lebih kurang 6 kereta dilaporkan hanyut dalam kejadian malam tadi. -TengokTVonline